Friday, October 26, 2007

cerita raya!


hihi dah keje seminggu br nk update blog..sedangkan bukannyer ada keje apa pun..dok baca blog orang je memanjang..

konon2 ikut my hubby nk balik kampung lepas sahur pagi khamis tu, tapi disebabkan oleh kerana charger henfon barunyer tu wat hal and terpaksa gi tukar so perjalanan balik kampung bermula pada 1130 pagi.

jalan clear sampai laaa dekat raub cam byk kete sikit laa..then my hubby ikut kuala lipis.ada officemate htr sms tanya jln jem tak???katanya lagi kt sg koyan jem giler kete tak gerak langsung.....aku pun cewah..dengan bangganyer tuh cakap tak jemm...tau2 kt felda kerchau ke tak silap aku...beratur cam semut...huhuhu..tensionnnnnnn!!!!!!berapa km laaa aku pun x tau.....hubby aku asyik tuko gear 1 free gear 1 free tah brp laamaaa daaa....kt situ je nk lepas tak ingat dah berapa jam..

hari tu kitorang berbuka dekat gua musang....piknik depan bank rakyat...suka betol si alyaa berbuka kt tepi kereta cam berkelah di tepian pantai gitu...

satu lg tempat yg jem gile dekat kuala krai...aduh laaa...ramai tol rakyat negeri kelantan ni ekkk....dr gua musang ke kuala krai lebih kurang lam 2 jam and dr krai ke kg hubby pulak lam sejam, tp disbbkan jem, last2 kitorg selamat laaa tiba di kampung ala2 pukul 1130 malam..hambik ko 12 jam tuh!

raya tahun ni biasa2 je laa sbb raya rumah mertua kot???hehehehe....xde laah, meriah jugak sbb belah hubby aku adik bradik ramai...anak buah pun berderet2...so duit raya tu paham2 je laa kaann..??yang keluor nyer pun meriah!

kt sini susah laa nk carik ketupat makan dgn rendang sbb dorg makan ketupat manis, ketupat berlauk n klu ketupat tawar pun cicah dgn gula melaka(yg dah dicairkan)...oh how i miss my mom's rendang....huhuaaa..
tp setiap rumah meriah dengan nasi dagang...gi sini nasik dagang..gi sana nasik dagang..gi sinun pun nasik dagang...

hari raya seterusnya tu mcm biasa je laa..tp my hubby kan adik bradik ramai ..so dorg gilir2 wat open house rumah memasing..hari ni rumah tu wat nasi dagang (lagi?) esok rumah lain lak wat nasik ayam lusa pulak laksa rumah lain..tu tak kira dengan kenduri lagi..ramai gak org kawin time2 raya ni kan???

btw my hubby sorg je yg kawin dgn org luor...yg adik badik yg lain semua kawin dgn org klate gak...yg tak kawin ada lagi 3 org...rasa2 cam dorg tu kemungkinan besar dgn org klate jugak laa...tp x tau laa jodoh dorg kan..

sehari sblm balik kl, jumaat aku ajak hubby gi PCB makan colek..ala...bukan rojak buah tu...yg mcm fishball, ketam ball and segala mcm ball laa lagi dgn ikan goreng, udang goreng cicah dgn sos dia..fuhhh..mmg sedap giler siottt!ces...terliur lak aku..dah laa aku pose hari nih...

hari sabtu tu lak kitorg balik sama gak pkl 1130am...tp yg ni ada kemajuan sbb sampai rumah mak aku pkl 1030pm....takde laa lama sangat kan..11 jam jer..


apa-apa pun kami dah selamat dalam perjalanan pergi dan balik..alhamdulillah syukur...

syukur jugak sbb sepjg perjalanan tu xde eksiden yg berlaku dimana-mana....

hmm...penatnyer laaa balik kg ni kan...dah sampai rumah tu apa lagi kan....tido la..esok nk basuh baju berlambak2 tuh!

.....hmmm....macamana raya korg???best ke..??


Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri

pejam celik pejam celik dah dekat sebulan kita berpuasa...pada yang dapat berpuasa penuh tu...TAHNIAH la ye...pada yang tak penuh tuh...hehehe nk wat cemana kan...

di kesempatan ini(cewah!) saya ingin mengucapkan selamat menyambut kedatangan hari lebaran..semoga gembira dan bahagia di samping keluarga yang tersayang.

Buat kawan2 semua, minta maaf zahir dan batin ye... mana yang ter-ter tu...ye la kan, mana tahu kot-kot sedap2 bersembang tiba2 ada yang terasa hati tanpa saya sedari...salam salam..

Berhati-hati di jalanraya pada yang nak balik kampung jauh2 tuh...sama2 la kita ye doa semoga kita semua selamat di perjalanan..pergi dan balik..


****yea!yea!raya! ;p

Thursday, October 4, 2007

Tuesday, October 2, 2007

semoga menjadi panduan


dapat email ni dari seorang kawan...so i put it here supaya dapat menjadi panduan dan amalan kepada sesiapa yang membacanya...kalau tak letak kat sini nnt takut lupa pulak..hehe


Assalamualaikum,

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia "mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja, saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya. Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya.Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful> Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Ada yang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini. Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.

Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri. Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi, wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah 'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah. Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah Ilahi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan, segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur. Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

- dipetik dari portal ukhwah.com